Saturday 11 February 2012

Bahaya Air Soda



Semua orang tahu air soda bahaya untuk badan, tapi masih ramai yang minum. Korang tahu tak, baru-baru ni ada kajian mengatakan air soda menyebabkan organ dalaman kite diliputi lemak merbahaya. Lebih-lebih lagi kalau bukan diet-soda seperti diet-coke.

Saintis Denmark yang membuat kajian mengatakan, peminum air soda mempunyai peningkatan lemak merbahaya tersembunyi di bahagian ginjal serta tulang.




Sesetengah minuman soda menggunakan minyak sayuran yang mengandungi bromin yang berfungsi untuk pastikan perasa tiruan bercampur dengan baik dalam minuman. Bahan ini selalunya dijumpai dalam minuman tenaga seperti Mountain Dew yang boleh menyebabkan keracunan bromide seperti kulit melepuh serta hilang ingatan serta kerosakkan sistem saraf.




Kebayakkan gula yang digunakan dalam pembuatan air soda di USA datang dari jagung yang telah dibaiki genetiknya. Di Malaysia, tak dapat dipastikan. Walaupun setakat ni, makanan genetik tak ade masalah, tapi untuk jangke mase yang lame sape yang tahu?Namun, ada yang mengatakan makanan genetik merosakkan sistem pencernaan, mempercepatkan proses penuaan serta mandul!



P.S: Nak minum boleh aje, cume baik kurangkan


2 comments:

This comment has been removed by a blog administrator.

Nasib baik xpernah mnum..
Klau blh elakkan meminum minuman berkabonat..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...