Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Saturday 29 December 2012

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan



Mungkin anda semua sudah tahu, belum tahu ataupun tak pernah terfikir untuk ambil kisah mengenai kisah disebalik bunga raya ini.


Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bungan kebangsaan pada hujung tahun 1958. Antara bunga-bungan yang terpilih ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Jabatan Penerangan telah diberi tugas untuk menjalankan kajian untuk mendapatkan reaksi orang ramai. 


Kajian yang diadakan di bandar dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia mendapati penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur. Namun, kerajaan akhirnya memilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan kerana ia bunga yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama yang sama di seluruh negara, mudah didapati dan yang paling penting belum dijadikan sebagai bunga kebangsaan oleh mana-mana negara.


Pada 28 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang juga bertepatan dengan 5 kelopak melambangkan 5 rukun negara dan juga melambangkan bunga perpaduan. 



Antara fakta tambahan mengenai bunga dari keluarga malvaceae ini yang lebih dikenali dengan nama hibuscus ialah:


  • Boleh dibuat kertas, iaitu pokok kenaf (Hibiscus cannabinus)
  • Boleh dibuat minuman, iaitu pokok roselle (Hibiscus sabdariffa)
  • Dibuat sebagai teh herba kerana mengandungi vitamin C dan mineral. Kajian oleh USDA mengatakan ia boleh menurunkan tekanan darah tinggi
  • Bunga raya merah ( Hibiscus rosa-sinensis) mempunyai agen anti-solar yang menghalang radiasi ultraviolet
  • Boleh menggantikan pewarna makanan seperti E163 dan E127


Sunday 23 December 2012

Historical Wallpaper




Bagi penggemar sejarah atau tempat-tempat bersejarah memang sesuai padankan minat korang dengan wallpaper ini, paling tidak pun boleh jadi tempat rujukan bagi sesiapa yang tengah mencari gambar sejarah untuk assigment.
















Aztec






Red Indian







Machu Picchu






Hagia Sophia












Piramid











Taj Mahal












George Washington






USSR






Samurai












Sunday 9 December 2012

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

  "Abang dah gila, Ecah. Abang dah gila!!!!!"

(Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an, walau dimana pun  korang berada.)

Masa tu tak de Naruto dan One Piece. Upin dan Upin pun belum lahir lagi. Encik Boss pula belum plan nak hapuskan Boboiboy. Post kali ini kami akan paparkan beberapa rancangan TV dan siri animasi kanak-kanak Malaysia yang diingati dan digemari kanak-kanak mase tu. Moga sedikit-sebanyak boleh la buat  memori dan kenang-kenangan masa kecik dulu kan…….

 Di Mana Joe Jambul


Ni antara program TV yang amat popular waktu tu, sampai menang anugerah. Di Mana Joe Jambul ni menguji tahap pengetahuan am dan kemahiran geografi peserta yang terdiri dari budak sekolah. Watak-watak geng joe jambul jugak best. Ketuanya Joe jambul ada jambul rambut yang panjang dibantu oleh 5 orang gengnya (lupa la nama diorang). Ada saintis, pakar bom, pakar computer dan lain-lain. Selain itu program ini juga mengangkat popularity pengacaranya iaitu Norzizi Zulkifli.



Segmen yang paling best sudah tentunya segmen yang terakhir, dimana peserta perlu hafal kedudukan negara-negara di dunia sebelum meletakkan tiang lampu di atas peta yang disediakan dalam tempoh masa yang diberi. Kalau betul tiang lampu tu menyala la..ingat tak mencabar ke weyh…masa umur kau 8 tahun ko tau ke Bolivia dan Sweden letak kat mane weyh ???


Kerana ke’femes’an program ni la, RTM ambil keputusan nak ‘revive’ program ni balik. Sekarang dengan wajah baru Di Mana Joe Jambul kini bersiaran di TV 1.


A.L.O.N.G… ALONG!

A.L.O.N.G ni merupakan rancangan TV kanak-kanak yang berunsurkan hiburan sambil belajar. Along merupakan watak utama ni ialah maskot kucing yang besar. Adik-adik dia juga join sekali seperti Angah dan Acik, si kucing betina bewarna putih. Selain itu ada gak segmen laporan berita dimana juruhebahnya ialah budak-budak. 


Dan of course yang yang paling glamour , Siti Sifir, yang baca sifir sambil menyanyi tu..... jangan kome memain dengan siti sifir ni, penangannya sampai sekarang orang tecari-cari gambar Siti Sifir bila dah besar. Walau ape pun, jasa Siti Sifir amat besar. Ramai budak dalam kelas hafal sifir sambil menyanyi macam cik siti sorang ni.

Kampung Boy

Kambung Boy merupakan karya Lat. Pada asalnya Kampung Boy lebih kepada novel autobigrafi grafik namun kerana sambutan yang amat menggalakkan ia diangkat menjadi siri animasi yang juga tidak kurang juga popularnya. Menceritakan kisah seorang budak kampong Mat dalam menjalan kehidupan yang amat menggembirakan dan mencabar bersama keluarga dan rakan-rakannya serta masyarakat kampong yang berbilang kaum. Kampung Boy kini telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris, Jepun dan juga Arab.

Keluang Man


Bebudak zaman sekarang ni tak tau la kenal Keluang Man ni ke tak. Yang diorang kenal Batman, Superman, Spiderman, Thor, Fantastic Four, X-Men, Ironman dan memacam lagi hero omputih yang ntah pandai cakap melayu ke idak. Untuk pengetahuan korang, Keluang Man ni lagi senior dari Cicak Man KRU.

Untuk pengetahuan korang gak, siri animasi keluang Man ni merupakan animasi yang pertama di Malaysia yang cuba menggabungkan animasi 2D berlatarbelakangkan 3D. animasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Namun ia terpaksa diberhentikan selepas 3 tahun bersama kanak-kanak Malaysia apabila krisis kegawatan ekonomi 97-98 melanda.


Keluang Man tak macam Batman. Batman ni kan anak orang kaya. Keluang Man plak orang gila. Duduk kat Hospital Tampoi. Walaupun dikatakan gila, tapi dia dan membernye lagi sorang, TiungMan tetap berusaha mengalahkan kejahatan di Malaysia. Idop Keluang Man!!!

Anak-anak Sidek


Anak-anak Sidek merupakan siri animasi kartun semi-biografi anak-anak haji Sidek yang akhirnya menjadi lagenda pemain badminton Malaysia yang tersohor di pentas dunia. Siapa yang tak kenal dengan 5 beradik, Misbun, Razif, Jailani, Rahman dan Rashid Sidek?



Dari siri kartun tersebut baru kita tahu betapa berdisplin dan tegasnya Haji Sidek mendidik dan melatih anaknya bermain badminton. Hasil usaha keras Haji Sideklah, akhirnya anak-anak beliau Berjaya membawa Piala Thomas Ke Malaysia edisi 1992 bersama rakan sepasukan yang lain. Keluarga Haji Sidek masih lagi aktif dalam Badminton dengan menjadi jurulatih. Malah salah seorang cucunya iaitu anak Misbun Sidek, Misbun Ramdan kini merupakan salah seorang pelapis pemain badminton kebangsaan. Siri animasi Anak-anak Sidek juga diterbitkan dalam bentuk komik.

Usop Sontorian    




Usop dan gengnye ni duduk kat Parit Sonto Johor. Dia merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Dia juga ada ayam jantan bernama Selebet, alah yang kokoknye sampai nak kene testing suara dulu….Haha, kawan-kawannya nama Dol, Abu, Singh, Ah Kim dan Vellu.

Selebet, ayam Usop yang terlepas dari pusat kajian dan melarikan diri ke Parit Sonto

Usop Sontorian merupakan siri animasi Malaysia yang pertama. Mula ditayangkan pada 1994, siri ini mendapat sambutan yang luar bias bukan sahaja di Malaysia, malah di Festival Animasi Asia Hiroshima,Jepun pada Jun 1996. Siri ini mempunyai 49 episod dan melibatkan 94 karyawan animasi anak tempatan. Thumbs Up! Untuk Ujang, En Kamn Ismail dan Kharisma Production kerana melahirkan siri animasi beridentitikan keunikan Malaysia.

Selain dari senarai diatas , ada juga beberapa animasi dan rancangan TV lain yang popular seperti Kartun Yokies (ala yg kapal angkasa, rumah dan bentuk rupa semuanya dari bentuk telur tu…) Kartun FrooTees Lah!!! (muka diorang semua dari buah-buahan, kartun ni tahun mula kat RTM tahun 1998),dan juga  Kartun Sang Wira , kucing dari Planet Jingga. 


Tapi semua ni takleh lawan siri kartun yang diterbitkan oleh Filem Negara Malaysia dan ditayangkan di TV Pendidikan RTM (kalau x silap laa…). Antaranya Kisah Sang kancil dengan haiwan di rimba. Masa tu kalau x silap teknologi pengkomputer animasi di Malaysia belum membangun lagi, bayangkanla untuk 1 saat, 25 lukisan kena lukis. Old in style but gold indeed.



Harapannya supaya kartun-kartun dan watak dari siri animasi dan program TV seperti ini wajar diarkibkan dan diadakan muzium khas untuk mereka untuk menjadi tatapan dan ajaran generasi muda dan akan datang serta menjadi kenangan dan memori buat generasi terdahulu. Macam Muzium Ghibli di Jepun. Dengan tema "Let's become lost children together", muzium ini berperanan sebagai pameran hasil karya anime terkemuka dari Studio Ghibli.

Disebabkan benda-benda lama ni susah dah nak carik, so kat ruangan ni kami nak bagi kredit kat beberapa blog dan laman web yang menjadi sumber rujukan kami. Antaranya;

Wikipedia & YouTube
ameirhamzahhashim.blogspot.com
ucudot.blogspot.com
topotato.com
akumahuprivasi.blogspot.com
kotakkertas88.blogspot.com

p/s: kalau korang nak tambah senarai list ni, ataupun teringat nama watak-watak siri animasi dan program TV di atas, silalah kongsi dengan kitorang di Kau Tahu Tak…. Mane la tau kot-kot ade member yang sebaya dok tercari-cari kartun-kartun dulu. 



Friday 30 November 2012

Bagaimana Cincau Dibuat??




Cincau adalah bahan yang selalu kita jumpa dalam abc, cendol atau dalam minuman cincau sendiri. Seumur hidup ini, korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??



















Semua gambar yang korang lihat di atas adalah pokok yang akan diproses menjadi cincau. Nama pokok ini ialah Mesona Chinensis yang tergolong dalam pokok pudina. Pokok ini banyak ditanam di Asia Tenggara terutamanya di China dan Taiwan. Pokok ini senang tumbuh di kawasan yang berpasir dan kering dan selalunya di tanam di bawah pokok sebagai tanaman sampingan di ladang.











Pokok ini akan dikeringkan dahulu sebelum di rebus dengan kalium karbonat selama beberapa jam sebelum disejukkan dan dicampur sedikit tepung untuk menjadikannya jeli yang korang panggil cincau atau grass jelly.



Air cincau yg paling sedap pernah aku rasa


Cincau dikatakan boleh menyejukkan badan, menurunkan tekanan darah tinggi, menghilankan selsema dan di Vietnam, minuman ini di minum untuk meningkatkan kesuburan wanita. Manakala di Taiwan ia diminum panas dan dikatakan memberi kesan diuretic iaitu membantu mengeluarkan air kencing yang lebih banyak. Namun, tiada kajian mendalam dilakukan untuk mengenal pasti khasiat cincau.




Sunday 25 November 2012

Aktiviti Internet Kita Diperhatikan?





Adakah korang semua pasti akaun Facebook, email, Linked, Blogger  atau apa-apa aplikasi sosial yang yang korang gunakan tidak mengintip data history, apa yang korang click dan like?




Menurut laporan siasatan di Amerika Syarikat, kebanyakkan syarikat laman sosial akan menggunakan biodata korang, apa yang korang like, click dan search, apa yang korang beli, gambar korang dan biodata apa yang korang like akan dijual bagi pihak ketiga jika anda menggunakan laman sosial tanpa disedari. 



Bagi yang tidak kisah tiada apa yang perlu dirisaukan, namun bagi yang risau maklumat diri digunakan sesuka hati atau yang rasa diri sudah tiada privasi boleh cuba download application ini yang akan membantu korang melindungi maklumat korang : https://www.privacyfix.com/start


Apabila korang semua menggunakan ini, dia akan tunjukkan berapa banyak Facebook mendapat keuntungan dari aktiviti korang di Facebook dan peratus Facebook menjejaki ativiti melayari internet korang. (Terasa macam paranoid pulak!haha)




Tetapi hati-hati guna, jangan semua benda nak di block guna software ini, nanti ada laman internet yang korang guna tak boleh buka. Kalau yang suka main game di Facebook, jangan block apps yang korang masih main, cuma delete game yang korang dah berhenti agar maklumat diri tidak digunakan bagi pembuat apps itu untuk dijual syarikat barangan, kad kredit, telekomunikasi dan lain-lain.


Korang boleh lihat sendiri contoh dibawah:













Monday 12 November 2012

Misteri Lingsir Wengi dan Cik Ponti



(AMARAN: kepada yang ada lemah jantung, sedang mengandung, mudah hilang semangat, takut gelap, gi toilet time malam berteman atau kanak-kanak yang belum mumayyiz, anda tidak digalakkan untuk meneruskan pembacaan. Kalau nak bace gak, jangan baca sesorang, bace reramai ye….)

Sesungguhnya Syrik dan Khurafat itu dosa, nerakalah jawabnya. Seandainya kejahatan dan kepalsuan itu ada, maka yakin jualah bahawa kebaikan dan kebenaran itu tetap juga ada. Tuhan maha berkuasa, tiada yang setara baginya.

Teringat masa kecil dahulu, masa baharu kenal dunia dan televisyen, di satu sore ade tengok satu filem Indonesia. Filem seram. Kalau tak silap tajuk filem itu Sundel Bolong. Tengok kat rumah kawan. Tengok ramai-ramai seronok. Takla takut sangat. Nak jerit pun ramai-ramai. Ada yang tak berani duduk depan TV, mungkin dekat sangat dengan hantu agaknya. Bila part suspen tutup mata dengan tangan, tapi ada berani sikit-sikit, curik tengok celah jari. Akibatnya, tak berani nak pegi mengaji malam sorang-sorang. Kena pegi ramai-ramai. Jenuh jugakla ayah nak bayar bil lektrik pasal malam tidur tak boleh tutup lampu. Harapnye supaya cepat siang. Esok pegi sekolah, kononnya berani , buat rumusan filem semalam sambil berkongsi kisah hantu dengan kawan-kawan lain. Gelakla, aku sebagai lelaki wajar rasa takut ye,…. Sundel Bolong dan Cik Ponti ni kacau lelaki je.


Cik Ponti, Cik Kunti, Sundel Bolong dan Langsuir

Keempat-empatnya perempuan. Pontianak berasal dari gabungan perkataan perempuan mati anak. Di Indonesia ia lebih dikenali sebagai Kuntilanak. Dia dikatakan berasal dari perempuan yang mati mase mengandung. Selalunya mati dibunuh ataupun mengandung akibat diperkosa kemudian membunuh diri. Pontianak seringkali menjelma sebagai perempuan cantik yang berjalan seorang diri di waktu malam untuk menggoda lelaki. Dia juga sering kelihatan berambut panjang dengan berkain putih. Dikatakan antara tanda-tanda kehadiran Pontianak ni ialah terdengar suara bayi. Jika suara bayi itu terdengar berdekatan maknanya Pontianak itu jauh lagi, tapi bila suara baby tu makin perlahan, maknenye dah dekat la Pontianak tu. Selain itu, bau wangi juga mengiringi kehadiran si Cik Ponti ni dimana bau wangi ini bertukar menjadi busuk apabila mendekati mangsanya.



Mangsa utama Ck Ponti ini semestinya lelaki terutamanya yang memperkosa dan membunuhnya dulu lantaran kewujudannya akibat dendam. Lelaki yang digodanya ini akhirnya akan dihisap darahnya dan dikorek organ dalamannya. Namun modus operandi Cik Ponti ni berbeza sedikit dengan Cik Kunti. Kuntilanak pula mensasarkan mangsanya dikalangan perempuan muda dan dara.  Manakala dikalangan orang Sunda, Kuntilanak ni tak usik orang. Cuma menakut-nakutkan orang sahaja dengan kemunculan mereka. Pontianak ini juga mengesan mangsanya dengan bau pakaian mereka. (Pasal tu la kot mase senja orang tua dulu-dulu dah angkat jemuran. Tak biar sampai ke  malam.)


Selain itu perbezaan Pontianak dan Kuntilanak adalah paku. Mengikut cerita jika Cik Ponti dan Kunti ini dipakukan, diorang akan jadi perempuan yang cantik dan bini yang baik. Kalau Pontianak kene paku kat lubang belakang leher. Manakala Kuntilanak pula dekat ubun-ubun atas kepala. Tapi rasenye, takde sape kot nak cube.

Langsuir pula lain dari cik berdua tersebut. Langsuir dikatakan dari perempuan yang mati lepas bersalin atau mati meroyan. Langsuir juga tak berapa cantik (alololo….). matanya merah, bajunya pula sama ada bewarna hijau atau putih. Kukunya panjang digunakan untuk mengorek perut mangsa. Langsuir juga dikatakan menghisap darah dan mangsanya ialah perempuan mengandung. Langsuir dkatakan akan menyebabkan mangsanya keguguran ataupun mati. Langsuir takde lubang untuk dipaku, so dia tak boleh nak jadi cantik.

Sundel Bolong lagi sedih kisahnya. Sundel bolong bermaksud pelacur yang berlubang. Dia asalnya seorang pelacur. Ada yang mengatakan dia ni mati ketika mengandung dan melahirkan anak di dalam kubur. Ada juga yang cerita dia ni mati masa bersalin dan anaknya keluar kat belakang. Pasal tu ada lubang kat belakang. Lubangnya besar (teringat part dalam Filem Sundal Bolong mase hantu tu makan sate..) dan tak berbaloi korang paku. Dia tak akan jadi cantik. Dia Cuma ingin membalas dendam. Jika lelaki yang diperdaya enggan menuruti kehendaknya, organ genital lelaki tersebut akan dirobek.

Bunga Harum Sundal Malam


Haa… ni la bunga fevert cik Pontianak kita, bunga Harum Sundal Malam. Di Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijandikan bunga rasmi provinsi Jawa timur. Manakala di Iran pula dikenali sebagai Gole Maryam (Bunga Maryam) di India pula dikenali sebagai RajniGandha (wangian malam). Dari segi saintifik, ia dipanggil Polianthes tuberosa, omputih panggil Tube Roses. Bunga ini berasal dari Amerika tengah dan Mexico. Keistimewaan bunga ini ialah walaupun kecil ia akan mengeluarkan bau wangi yang kuat pada waktu malam sahaja. Seperti bunga melur, bunga ini juga berbeza dari bunga wangi yang lain iaitu bau wanginya tak hilang dengan cepat walaupun telah dipetik dari tangkainya.


Bunga harum Sundal Malam digunakan secara meluas sebagai pati minyak wangi. Patinya dijual agak mahal iaitu kira-kira USD100 untuk 5mL kerana dakwaan wangian bunga ini mampu memberikan kuasa psikik dan diguna secara meluas dalam terapi emosi dan perasaan untuk menenangkan hati. (kene terbau mase tengah malam…) bunga ini juga femes digunakan untuk tujuan mistik dan ilmu hitam. Selain dari bunga ni, ada jugak yang kaitkan Pontianak dengan Bunga Melur, Seroja, Kenanga, Kemboja dan lain-lain. Jangan risau, nak tanam, tanam je bunga ni. Bunga ni tak bersalah pun.

Lingser Wangi dan Si Cindai


Lingsir wengi
Sepi durong bisa nendro
Kagodo mring wewayang kan ngreridu ati
Kawitane mung sembrono njur kulino
Ra ngiro yen bakal nuwuhke tresno
Nanging duh tibane
Aku dhewe kang nemahi
Nandang bronto kadung loro
Sambat sambat sapa
Rino wengi sing tak puji ojo lali
Janjine muga bisa tak ugemi

Lingsir wengi sliramu tumeking sirno (Menjelang malam, dirimu(bayangmu) mulai sirna...)
Ojo Tangi nggonmu guling (Jangan terbangun dari tidurmu...)
awas jo ngetoro (Awas, jangan terlihat (memperlihatkan diri)..).
aku lagi bang wingo wingo(Aku sedang gelisah,)
jin setan kang tak utusi (Jin setan ku perintahkan)
dadyo sebarang (Jadilah apapun juga,)
Wojo lelayu sebet... (Namun jangan membawa maut...)


Lagu Lingsir Wengi ni sebenarnya lagu Jawa. Lagu yang menjadi soundtrack filem Kuntilanak ini menjadi popular kononnya bila dengar dan nyanyi lagu ni Cik Kunti datang. Betul ke?

Ada yang mendakwa sebenarnya lagu Lingsir Wengi ni berasal dari Kidung (Syair Jawa) Rumekso Ing Wengi yang dicipta oleh Sunan Kalijaga. Kidung ini dialunkan seperti wirid dan zikir selepas solat pada waktu malam di kalangan masyarakat Jawa waktu dulu.  Kidung ini dikenali kerana berisi mantera tolak bala,  seperti malapetaka waktu malam, penyakit, menang dalam perang dan jodoh cepat.

Selain itu lagu Lingsir Wengi ini juga dikatkan berasal dari Syair Durma (lagu) yang terdapat dalam Macapat (kumpulan syair tradisional Jawa). Macapat ni terdiri dari pelbagai jenis bersesuaian dengan tema syair seperti Puchung (tekateki), Asmaradana (cinta) dan Mas Kumambang (rindu kampong halaman). Lingsir Wengi dalam kategori Durma yang bertemakan pertembungan / semangat kejam.

Manakala Cindai pula sebenarnya sejenis kain sutera bercorak bunga. Namun bagi masyarakat Minangkabau, apabila dibubuh Si dihadapan Cindai ia membawa maksud Pontianak.

Kesan


Cerita pasal Pontianak ni memang popular dikalangan masayarakat nusantara. Cerita pasal Pontianak ni diperturunkan dari mulut ke mulut, buat peringatan si tua kepada anak-anak muda. Jangan keluar waktu senja,,, malah betapa popularnya Cik Ponti sorang ni sampai diabadikan di dalam beberapa buah filem terkenal di Malaysia dan Indonesia. Antaranya ialah Anak Pontianak (1958), Sumpah Pontianak, Pontianak Harum Sundal Malam I&II (2004,2005), Trilogi Kuntilanak (2006,2007,2008) dan Sundel Bolong (1981). Malah kisah Pontianak juga ada terakam didalam Hikayat Abdullah. Antara pelakon Pontianak yang terkenal ialah Maria Menado dan Maya Karin.


Selain itu di Indonesia juga terdapat nama tempat dipanggil Kota Pontianak. Dikawasan ini dahulunya pernah berdiri Kesultanan Pontianak. Menurut sejarah, Syarif Abdurrahman al-Kadrie diganggu Pontianak ketika membuka kawasan Pontianak. Kini, Pontianak merupakan salah satu kota utama di Kalimantan Barat.

Pemandangan Kota Pontianak. Kelihatan Masjid Jame’ Sultan Abdurrahman Pontianak di tebing Sungai Kapuas

Pengajaran

Bila cerita pasal Cik Ponti ni rata-rata kita mesti terbayangkan kisah-kisah seram. Buat meremang si bulu roma di kala senja. Habis kuat pun pengarah filem jadikan filem komedi. Tak ramai yang mahu berfikir jauh tentang pengajaran yang boleh kita ambil dari si Cik Ponti ni

Segelintarnya, menolak terus dari mempercayai Pontianak, katanya ini kepercayaan syirik dan khurafat. Pontianak, hanyalah jin yang mahu takut-takutkan manusia. Yang menjadikan kepercayaan kepada Pontianak terpesong dari aqidah adalah meyakini Pontianak boleh membawa mudharat, boleh mencabut nyawa, manakala dengan melakukan ritual tertentu boleh berlindung daripadanya seperti membawa benda tajam macam kaca dan paku. Inilah salah. Hanya Allah sahaja yang boleh datangkan mudharat dan manfaat.



Ada yang kata lagenda si Pontianak ni sebenarnya kisah dihikayat untuk menakutkan teruna-teruna dari kacau anak dara orang. Lebih-lebih lagi waktu malam. Tak elok. Kang terkacau cik Ponti nanti lari tak cukup tanah. Si dara pula, dah tau malam jangan la jalan sorang-sorang takut bahaya. Gadis-gadis juga tak elok pakai wangian berlebihan, takut menarik perhatian si lelaki bukan muhrim. Ada juga kata (Paul therox, 1977), cerita Pontianak ni direka para isteri nak elak laki diorang pegi menggatal dengan gadis lain yang jumpa kat jalan waktu malam.


Pontianak juga mengingatkan si lelaki jangan menganiaya golongan wanita. Si perempuan pula kena pandai jaga maruah diri. Mungkin sebab tu dulu-dulu kes perkosa anak dara orang, perlacuran, bunuh diri, sumbang mahram dan buang bayi ni kurang. Tak macam zaman sekarang. Kononnya orang sekarang moden duduk bandar besar, Pontianak tak wujud. yang percaya hantu ni orang kampung je. Ramai yang lupa, syaithan bertopeng manusia ada dimana-mana pada bila-bila masa.

Maya Karin memang lawa jadi Pontianak, dan bagi aku filem Pontianak Harum Sundal Malam ni antara filem melayu yang bagus kualitinya. Tertarik juga dengan dendangan Gurindam Dua Belas karangan Raja Haji.



Apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampir duka
Ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta
Gurindam 12 kini mohon berhenti

Kehadiran Pontianak mungkin sebagai ujian kepada keimanan manusia. Atau mungkin juga sebagai lambang keruntuhan moral manusia. Walau apa sekalipun kewujudannya merupakan satu misteri.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...