Sunday, 25 December 2011

The Last Tsarevich of Russia




      Dilahirkan pada 12 Ogos 1904, Alexei merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki kepada Nicholas II, Tsar Rusia dan Alexandra Feodorovna. Kelahiran Alexei merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan diraja tersebut kerana 4 orang anak mereka sebelum ini merupakan perempuan. Kini, Rusia mempunyai seorang putera mahkota yang bakal meneruskan pemerintahan dinasti Tsar Romanov Rusia , yang memiliki empayar terbesar didunia ketika itu yang meliputi 3 benua, Asia, Eropah dan Amerika (sebelum Alaska dijual kepada USA).


1.       Alexei merupakan cicit kepada beberapa raja Eropah termasuklah Raja Denmark Christian IX , Raja Edward VII dari united Kingdom dan William II, Maharaja Jerman. Oleh kerana ketika kelahirannya, Rusia sedang berperang dengan Jepun maka seluruh pegawai dan tentera darat serta laut menjadi bapa angkatnya (godfather).





1.       Walaubagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Alexei disahkan menghidapi penyakit genetic iaitu Hemophilia melalui ibunya Alexandra yang merupakan cucu kepada Ratu Victoria, ratu England. Akibatnya, darahnya tidak dapat membeku dengan baik hinggakan sedikit calar dan luka mampu membunuhnya. Dia dilarang menunggang basikal ataupun bermain permainan yang kasar. Walaupun terkenal dengan kenakalan mengganggu tetamu kehormat bapanya ketika majlis keramaian, Alexei sebenarnya seorang yang sangat sensitive terhadap penderitaan dan kesedihan yang dialami oleh orang lain, mungkin akibat dari penderitaannya. 




1.             Akibat penyakit dirinya juga, Rasputin seorang ahli rohani yang terkenal berjaya menyusup masuk ke dalam pentadbiran tsar Nicholas II. Dia mendakwa mampu menyembuhkan Alexei dari penyakit yang dideritainya antaranya melalui hypnosis, kaedah supernatural dan rawatan herba. Rasputin juga menasihatkan Alexandra supaya melarang para doktor mengganggu Alexei. Alexandra merupakan seorang yang berpegang teguh pada agama Kristian mempercayai Rasputin sepenuhnya terutama apabila melihat kegagalan rawatan konvensional menyembuhkan penyakit Alexei.


1.         Pengaruh Rasputin dalam pentadbiran Rusia semakin kuat apabila menjadi orang kepercayaan Alexandra. Grogori Rasputin juga meramalkan kemenangan Rusia di dalam Perang Dunia Pertama seandainya Tsar Nicholas II sendiri memimpin angkatan tentera. Tindakan Tsar menuruti nasihat ini merupakan antara kesilapan terbesar yang mempercepatkan kejatuhan Dinasti tsar Romanov Rusia kerana Nicholas II tidak mempunyai pengalaman perang. Pengaruh Rasputin akhirnya menimbulkan kebencian orang ramai. Dia dibunuh dengan ditembak di kepala. Manakala pengaruh tsar semakin merosot sehingga akhirnya digulingkan dalam satu Revolusi yang dikepalai golongan Bolshevik diketuai oleh Lenin seorang anti imperialis yang memimpin Revolusi Rusia 1917.



Lenin


      Keluarga Nicholas II akhirnya dibawa ke sebuah rumah terpencil di Yekaterinburg sehingga 2 minggu sebelum harijadi Alexei ke-14 apabila seluruh keluarganya dibawa ke siling rumah sebelum dibunuh oleh skuad penembak polis rahsia Bolshevik diketuai oleh Yakov Yurovsky dibawah arahan langsung Lenin. Skuad menembak mula-mula membunuh Tsar diikuti oleh isterinya dan anak-anaknya.



Gambar Terakhir Alexei



1.                 Alexei, walaupun selepas ditembak, masih lagi hidup kerana badannya dilindungi baju zirah yang diperbuat dari permata. Menurut catatan Yurovsky, setelah menembak Alexei Yurovsky menikam badan Alexei bertubi-tubi menggunakan bayonet. "Nothing seemed to work," catat Yurovsky kemudiannya. "Though injured, he continued to live."Akhirnya Yurovsky melepaskan dua das tembakan di kepala Alexei yang ketika itu hanya berumur 13 tahun. Tamatlah riwayat seorang pewaris takhta Empayar Rusia terakhir.


1.       Selepas peristiwa itu sejarah mencatatkan bahawa Rusia bertukar dari sebuah empayar beraja kepada sebuah republic Komunis. Rusia diheret ke kancah perang saudara yang berlarutan selama 7 tahun. Banyak tanah jajahan Rusia membebaskan diri seperti Ukraine dan Poland. Dan ramai jiwa yang tidak bersalah menjadi korban berdarah sebuah ideology politik komunis, termasuklah seorang kanak-kanak yang  tidak berdosa bernama Alexei.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...