Wednesday 30 November 2011

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 2

Jom usha edisi ke 2 fakta ringkas ala mee segera ni:

1. pernah dengar Lactose intolerant? penyakit di mane pesakit tak dapat produce lactase untuk cerna lactose terutama susu. jadi untuk pesakit ni yang gemar minum susu, silalah makan coklat sekali ketika minum susu kerana coklat dapat membantu mencernakan lactose dalam susu

2. madu, dah kita dengar banyak kegunaan nye tapi tau tak ia digunakan sebagai bahan antibeku? paling menarik ia juge digunakan di tengah-tangah bola golf...wat??!! sape penah try potong bola golf?

3. Stannous fluoride merupakan bahan digunakan untuk melawan pembentukan kaviti (cam iklan colgate pulak) dibuat dari tin kitar semula (agak-agak selepas bace ni, ade orang nak gosok gigi lagi tak?)

4. pada 1 Desember 1929 bersamaan tarikh ari ni, tercipta la permainan yang bila kita menang kita jerit 'Bingo!'. dicipta oleh Edwin S Lowe

5.  Pelukis lagenda, Vincent Van Gogh hanya menjual satu lukisan nya sepanjang hayat beliau tetapi selepas mati lukisan beliau menjadi salah satu lukisan paling mahal terjual di dunia dimane hampir 670 milion dolar dengan hanya dari 7 lukisan beliau!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...