Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Wednesday 30 November 2011

Pernah Lihat Pokok Bijan?



Bijan atau name glamour sesame seed kite selalu jumpa bila makan burger, cucur badak atau makanan jepun. Tapi time korang makan tu ade fikir tak macam mane la agaknye rupe pokok bijan nih?? Namanya diambil dari bahasa Latin iaitu sesamum yang dipinjam dari bahasa Greek iaitu sesamon.













Haaa.....pokok kat atas itu la pokok bijan. Pokok ini berasal dari benua Afrika serta India merupakan  tumbuhan pertama yang digunakan oleh manusia untuk kegunaan sebagai minyak masak. Bijan ini banyak khasiatnya yang mengandungi mineral yang mampu mencegah rheumatoid arthritis, memberi kekuatan kepada sistem pernafasan dan peredaran darah. Ia mengandungi bahan sesamin dan sesamolin yang membantu menurunkan paras kolestrol dalam badan dan mengelakkan tekanan darah tinggi.


Pokok Bijan ini banyak ditanam di negara afrika serta beberapa negara asia seperti China, Myanmar (Pengeksport terbesar dunia) dan India, kenape Malaysia tak tanam ek? Ia terkenal sebagai Survivor Crop kerana boleh tumbuh di mana-mana tempat, tidak memerlukan penjagaan rapi oleh petani, malah boleh ditanam di pinggir kawasan gurun!










Gambar diatas ialah buah yang mengandungi bijan, bila sudah masak ia akan pecah macam pokok keembung. Maybe sebab tu orang barat selalu guna istilah 'open sesame!'

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 2

Jom usha edisi ke 2 fakta ringkas ala mee segera ni:

1. pernah dengar Lactose intolerant? penyakit di mane pesakit tak dapat produce lactase untuk cerna lactose terutama susu. jadi untuk pesakit ni yang gemar minum susu, silalah makan coklat sekali ketika minum susu kerana coklat dapat membantu mencernakan lactose dalam susu

2. madu, dah kita dengar banyak kegunaan nye tapi tau tak ia digunakan sebagai bahan antibeku? paling menarik ia juge digunakan di tengah-tangah bola golf...wat??!! sape penah try potong bola golf?

3. Stannous fluoride merupakan bahan digunakan untuk melawan pembentukan kaviti (cam iklan colgate pulak) dibuat dari tin kitar semula (agak-agak selepas bace ni, ade orang nak gosok gigi lagi tak?)

4. pada 1 Desember 1929 bersamaan tarikh ari ni, tercipta la permainan yang bila kita menang kita jerit 'Bingo!'. dicipta oleh Edwin S Lowe

5.  Pelukis lagenda, Vincent Van Gogh hanya menjual satu lukisan nya sepanjang hayat beliau tetapi selepas mati lukisan beliau menjadi salah satu lukisan paling mahal terjual di dunia dimane hampir 670 milion dolar dengan hanya dari 7 lukisan beliau!

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 1

1. Coca Cola merupakan minuman ringan pertama di minum di angkasa lepas

2. jika kita menguyah 'Chewing Gum' ketika memotong bawang, kita tak akan keluarkan air mata!

3.  Sebanyak 96 bilion paun aka 43.5448 bilion kilogram makanan di Amerika Syarikat dibazirkan setiap tahun. banyak giler orang Amerika membazir kan??

4. pernah pikir fungsi air liur selain mempunyai enzim pencernaan makanan?? kita tak akan dapat merasa makanan jika dan hanya jika makanan tersebut tak bercampur dengan air liur kita. true story!

5. Sex, perkara taboo di kebanyakkan negara Asia termasuk Malaysia merupakan Antihistamine semula jadi. ia dapat membantu kita melawan penyakit seperti Asthma dan demam alergi. Cool

Wednesday 23 November 2011

Sotong Kurita Hidup Di Darat??




Sebelum ni aku  tak tahu pula yang sotong kurita boleh naik atas darat, tapi sebelum ni memang ade penyelidikan yang kate sotong kurita ni bijak sebab mampu menyamar sebagai rumpai laut apabila saintis letak rumpai laut tiruan ketika ujikaji serta mampu berpindah dari akuarium yang lain apabila mencari makanan.Bijak kan??




Jom tengok video sotong kurita bejalan-jalan di darat





Monday 21 November 2011

Batu Bersurat Singapura?



Korang tau tak, di Singapura ada batu bersurat? Ha….. bukan Terengganu jer ade, Singapura mau juga ada ma….




Dijumpai ketika membersihkan hutan di kawasan yang dipanggil Rocky Point di Muara Sg Singapura pada Jun 1819. Batu tersebut mempunyai ketinggian 10 kaki (3 meter) dan lebar 9 – 10 kaki (2.7 ke 3 meter) ketika di jumpai.



Usaha untuk menterjemah tulisan di batu tersebut sering menemui kegagalan. Ramai pihak termasuk Stamford Raffles sendiri cuba untuk menafsirkan tulisan tersebut. Kedudukan batu itu amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu. Mereka cuba menggunakan asid untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca. Ada yang mengatakan tulisan tersebut adalah Pali (William Bland), Tamil (James Begbies), Kawi (Laidlay) , Sanskrit dan Jawa Purba (Kern).


Wahid Sate Sebagai Badang




Catatan pegawai Stamford Raffles juga menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura. Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang, satu watak legenda . Lagenda tersebut mengisahkan pertarungan antara Badang yang mewakili Raja Singapura dengan Nadi Vijaya Vicrama yang mewakili Raja Benua Keling yang bertanding mengangkat batu besar di hadapan dewan raja. Hadiahnya merupakan 7 buah kapal penuh dengan harta.Vicrama hanya mampu mengangkat batu separas lutut manakala badang pula berjaya melontarkan batu tersebut ke muara sungai singapura!






Manakala menurut Sulalatus Salatin karangan Tun Sri Lanang, dinyatakan dengan jelas mengenai seorang raja yang bergelar Raja Suran yang telah menakluk seluruh Tanah Melayu sehingga sampai keTemasik. Di Temasik beliau telah membuat suatu monkor (petikaca) dan masuk ke laut. Setelah itu, Raja Suran, dikatakan telah mendirikan satu batu bersurat yang menceritakan segala kisah penaklukannya, termasuk peristiwa baginda masuk ke dalam laut.




Diletupkan pada tahun 1843 atas arahan Kapten Stevenson untuk melebarkan muara Sg Singapura dan memperbesarkan Pelabuhan Fullerton dan kuaters penginapan. Leftenan Kolonel James Low yang menentang pemusnahan tersebut sempat menyelamatkan tiga serpihan kepingan batu yang tertera inskripsi diatasnya.


Sekarang batu ini dipamerkan di Muzium Kebangsaan Singapura dan diiktiraf sebagai salah satu dari sebelas HartaWarisan Negara (National Treasure).




Tuesday 15 November 2011

Betul Ke Bunga Matahari Ikut Matahari??




Betul ke bunga matahari mengikut matahari? Ramai kate macam tu, sebab tu name die bunga matahari.






Tapi yang sebenarnye, bunga matahari selalunye menghadap arah timur dan tak bergerak ikut matahari. Hanya bunga matahari yang belum matang ikut cahaya matahari yang dipanggil reaksi heliotropism. Pergerakan bunga ni akan mengikut cahaya matahari dari timur ke barat.



Tapi bile dah matang, bunga matahari tidak mengikut cahaya dah sebab sel-sel dalam tangkai bunga dah keras dan matang. Sebab bunge ni ikut cahaya matahari tak dapat lak dipastikan, ade teori kate untuk menghasilkan lebih banyak biji bunga matahari, ade yang kate untuk optimumkan fotosintesis.







Post kali ni penuh dengan bunge, dah macam jaafar onn lak time die pakai baju penuh dengan corak bunge matahari!

Tuesday 8 November 2011

Makanan Dalam Tin Yang Pelik

Roti? 




Antara makanan dalam tin di serata dunia ade yang boleh diterima, ade yang payah nak dimakan kecuali terkandas di pulau :D


Ayam!





Sangat horror nak makan





Tak Ade McD kot?





Snek sambil tgk tv

Wednesday 2 November 2011

Kenape Telur Ayam US Warne Putih??



Selalu perasan telur kt US mesti kaler putih bile tengok dalam crite tapi telur kat rumah kite kaler coklat/oren. Simple je sebabnye, warne telur ayam ni dipengaruhi oleh baka ayam serta permintaan pelanggan.


White Leghorn
Warren
Ayam baka White leghorn banyak diternak di USA, ayam negare kite pulak banyak datang dari baka Warren. Kalau korang perasan, gambar telur di atas ade yang warne macam putih biru sikitkan?itu datang dari baka ayam yang memamg telur die warne biru.



Permintaan pelanggan jugak mainkan peranan, penduduk US lagi suke telur ayam warne putih, Jepun pun same, ade negare lain suke warne coklat oren sebab nampak lebih neutral serta sama dengan baka ayam sebenar. Yang penting khasiat telur tak dipengaruhi oleh warne





Permintaan utk telur warne putih meningkat bile hari Easter sebab senang nak lukis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...