Sunday 31 July 2011

Mamalia Bertelur??



Hello Mate! Dua haiwan mamalia yang bertelur ini boleh dijumpai di Australia & New Guinea sahaja, masa kita sekolah rendah dulu pun cikgu jarang cakap pasal mamalia bertelur, semua beranak sahaja. 

Echidnas


Platypus



Sebab haiwan ini bertelur dorang bagi susu kepade anak-anak mereka dengan menghasilkan susu di kulit dalam kantung.



Echidnas  makan semut & anai-anai sahaja (badan macam landak, cara makan macam tenggiling), bertelur sebiji sahaja sekali membiak, mungkin ini yang buat haiwan ini senang pupus. Di muncung haiwan ini ada electrosensor  yang mungkin digunakan untuk mencari makanan & bergerak.



Perry the Platypus

Lagi satu haiwan yang bertelur ialah platypus, walaupun nampak macam comel je ,sampai jadi watak dalam Phineas & Ferb, haiwan ini ada racun di kaki dia, bahaya tuh! Haiwan ini bertelur dalam 1-3 biji setahun. Platypus ini hidup di kawasan air tawar yang bersih sahaja & hampir pupus dulu akibat diburu untuk kulit.

  • Masa mula-mula manusia jumpa haiwan ini,mereka ingatkan ada orang saja-saja jahit mulut itik pada haiwan ini,supaya nampak unik, sekali betol daa...haha






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...