Fakta Ringkas KauTahuTak: Edisi 6

Kembali di laman sesawang Kau Tahu Tak setelah cuti...berapa banyak kali cuti da......

Apa Beza Garam Laut dan Garam Bukit?

Perbezaan garam ini adalah dari segi rasa, tekstur dan proses menghasilkannya.

Bunga Raya-Mengapa ia Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Kementerian Pertanian telah memberikan 7 jenis bunga untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan

Buat Kanak-kanak Malaysia yang lahir pada 1980an: TV time!!! BaNaNaNa

Post kali ni, kami di Kau Tahu Tak ingin dedikasikan kepada kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980an

Bagaimana Cincau Dibuat??

korang terfikir tak macam mana rupa cincau atau bagaimana la cincau ini dibuat dan diperolehi??

Sunday, 25 December 2011

The Last Tsarevich of Russia




      Dilahirkan pada 12 Ogos 1904, Alexei merupakan anak bongsu dan satu-satunya anak lelaki kepada Nicholas II, Tsar Rusia dan Alexandra Feodorovna. Kelahiran Alexei merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan diraja tersebut kerana 4 orang anak mereka sebelum ini merupakan perempuan. Kini, Rusia mempunyai seorang putera mahkota yang bakal meneruskan pemerintahan dinasti Tsar Romanov Rusia , yang memiliki empayar terbesar didunia ketika itu yang meliputi 3 benua, Asia, Eropah dan Amerika (sebelum Alaska dijual kepada USA).


1.       Alexei merupakan cicit kepada beberapa raja Eropah termasuklah Raja Denmark Christian IX , Raja Edward VII dari united Kingdom dan William II, Maharaja Jerman. Oleh kerana ketika kelahirannya, Rusia sedang berperang dengan Jepun maka seluruh pegawai dan tentera darat serta laut menjadi bapa angkatnya (godfather).





1.       Walaubagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Alexei disahkan menghidapi penyakit genetic iaitu Hemophilia melalui ibunya Alexandra yang merupakan cucu kepada Ratu Victoria, ratu England. Akibatnya, darahnya tidak dapat membeku dengan baik hinggakan sedikit calar dan luka mampu membunuhnya. Dia dilarang menunggang basikal ataupun bermain permainan yang kasar. Walaupun terkenal dengan kenakalan mengganggu tetamu kehormat bapanya ketika majlis keramaian, Alexei sebenarnya seorang yang sangat sensitive terhadap penderitaan dan kesedihan yang dialami oleh orang lain, mungkin akibat dari penderitaannya. 




1.             Akibat penyakit dirinya juga, Rasputin seorang ahli rohani yang terkenal berjaya menyusup masuk ke dalam pentadbiran tsar Nicholas II. Dia mendakwa mampu menyembuhkan Alexei dari penyakit yang dideritainya antaranya melalui hypnosis, kaedah supernatural dan rawatan herba. Rasputin juga menasihatkan Alexandra supaya melarang para doktor mengganggu Alexei. Alexandra merupakan seorang yang berpegang teguh pada agama Kristian mempercayai Rasputin sepenuhnya terutama apabila melihat kegagalan rawatan konvensional menyembuhkan penyakit Alexei.


1.         Pengaruh Rasputin dalam pentadbiran Rusia semakin kuat apabila menjadi orang kepercayaan Alexandra. Grogori Rasputin juga meramalkan kemenangan Rusia di dalam Perang Dunia Pertama seandainya Tsar Nicholas II sendiri memimpin angkatan tentera. Tindakan Tsar menuruti nasihat ini merupakan antara kesilapan terbesar yang mempercepatkan kejatuhan Dinasti tsar Romanov Rusia kerana Nicholas II tidak mempunyai pengalaman perang. Pengaruh Rasputin akhirnya menimbulkan kebencian orang ramai. Dia dibunuh dengan ditembak di kepala. Manakala pengaruh tsar semakin merosot sehingga akhirnya digulingkan dalam satu Revolusi yang dikepalai golongan Bolshevik diketuai oleh Lenin seorang anti imperialis yang memimpin Revolusi Rusia 1917.



Lenin


      Keluarga Nicholas II akhirnya dibawa ke sebuah rumah terpencil di Yekaterinburg sehingga 2 minggu sebelum harijadi Alexei ke-14 apabila seluruh keluarganya dibawa ke siling rumah sebelum dibunuh oleh skuad penembak polis rahsia Bolshevik diketuai oleh Yakov Yurovsky dibawah arahan langsung Lenin. Skuad menembak mula-mula membunuh Tsar diikuti oleh isterinya dan anak-anaknya.



Gambar Terakhir Alexei



1.                 Alexei, walaupun selepas ditembak, masih lagi hidup kerana badannya dilindungi baju zirah yang diperbuat dari permata. Menurut catatan Yurovsky, setelah menembak Alexei Yurovsky menikam badan Alexei bertubi-tubi menggunakan bayonet. "Nothing seemed to work," catat Yurovsky kemudiannya. "Though injured, he continued to live."Akhirnya Yurovsky melepaskan dua das tembakan di kepala Alexei yang ketika itu hanya berumur 13 tahun. Tamatlah riwayat seorang pewaris takhta Empayar Rusia terakhir.


1.       Selepas peristiwa itu sejarah mencatatkan bahawa Rusia bertukar dari sebuah empayar beraja kepada sebuah republic Komunis. Rusia diheret ke kancah perang saudara yang berlarutan selama 7 tahun. Banyak tanah jajahan Rusia membebaskan diri seperti Ukraine dan Poland. Dan ramai jiwa yang tidak bersalah menjadi korban berdarah sebuah ideology politik komunis, termasuklah seorang kanak-kanak yang  tidak berdosa bernama Alexei.



Tuesday, 20 December 2011

Garam Bukan Sekadar Penambah Rasa



Garam bukan hanya boleh digunakan dalam masakan malah boleh digunakan untuk:








Bile blackout, mesti korang pasang lilin kan? cecair lilin tu akan tumpah atau korang bubuh dalam bekas supaye tak tumpah.Tapi korang tahu tak sume ni boleh dielakkan dengan rendam siap-siap lilin korang dalam larutan garam selame 2-3 jam, dijamin tak akan menitik dah air lilin tu!




Bagaimane nak tahu telur ayam masih elok?Letak 2 sudu garam dalam cawan dan letak telur, kalau ai timbul masih boleh gune dan sebaliknye lah




Kadanag-kadang, time rajin nak menyapu,bulu penyapu pulak dh tak lurus.Korang celup je dlm air garam, lepas ni penyapu akan tahan lame dan keras



Kalau kene sengat lebah,boleh sapu dengan garam dan sedikit air untuk hilangkan sakit,lepas tu pergi la kalau makin teruk pergi je hospital amek injection!




Bagi peminum susu, kalau nak bia susu tahan lebih lame boleh masukkan secubit garam dan kocak. dapat la tahan lame sket





Tak lengkap ade susu tanpe kopi, kadang-kadang org yg slalu minum kopi dpt beze sedap ke tak kopi tu, kalau pahit sgt, cube letakkan sedikit garam, kopi akan jadi kurang pahit dan rase pun ade improve sket





Monday, 19 December 2011

Produk Jepun Yang Pelik

1. Bantal Peha

Yup. Bantal menyerupai peha perempuan yang diperbuat daripada urethane foam.

2. Susu Campur Beer (Bilk)

Idea penghasilan susu ini dicipta selepas sebuah syarikat susu membuang susu yang berlebihan. Anak kepada pengurus sebuah kedai minuman keras mencadangkan menghasilkan beer yang diperbuat dari susu.

3. Diet Water

Separuh daripada kalori dari air mineral.???

4. Vitamin Untuk Gamer

Tak cukup vitamin untuk main Wii atau PS3? Makan ni

5. Aiskrim 'Basashi'

Aiskrim yang diperbuat dari taik kuda. Enough said.

6. Gula gula Yang membuatkan Anda Terangsang

Rasanya macam flavored condoms




Saturday, 17 December 2011

Ketam Kelapa?

Sgt sedap minum air kelape tepi pantai...



Korang tahu tak ketam kelapa ini berasal dari keluarga umang-umang?ketika masih kecil ketam ini akan hidup seperti umang-umang yang lain sebelum naik kedarat.Bila badan ketam ni dah keras (dah ade exoskeleton), mereka akan hidup di darat serta mempunyai organ pernafasan seakan insang + paru-paru atau name betulnye branchiostegal lung.



Besar tong sampai tuh!






Kalau korang tengok gambar kat atas,nampak besarkan? Sebab ketam ini boleh hidup selama 60 tahun dan seberat 4.1 kg! Oleh kerana ketam ni sangat la besar, nampak macam lobster pulak tuh, so ramai manusia makan sebagai hidangan esotik. Tapi akibatnye, ketam ni makin payah nak jumpa, kecuali di pulau terpencil atau ade larangan menangkap ketam kelape nih. Nak membiak pun kene tunggu tempoh matang 5 tahun...


Ketam kelapa ni hidup di  Lautan Pasifik serta India di pulau-pulau terpencil seperti Pulau Chrismast, Seychelles,Nicobar.Paling dekat dengan Malaysia pun mungkin pulau-pulau di Sabah. Kalau kene sepit die memamng tak kan lepas,mungkin boleh putus jari,so klau nak selamat cocok bawah badan ketam,supaya die lepaskan sepit (petua penduduk tempatan)


Hitam

Biru

Oren


Erm??


Ketam ni ada macam-macam warne, mungkin boleh buat haiwan peliharaan,haha! Makanan die selalunya buah kelapa yang dorang pandai kopek sendiri, kekacang,biji benih,atau telur kura-kura dan haiwan kecik yg dah mati (Omnivor ketam ni)


So,lepas ni kalau korang pergi pantai,jangan main-main dengan umang-umang, mane tau mungkin anak ketam kelape ;D

Thursday, 15 December 2011

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 4

Fakta ringkas, pantas, tepat lagi cepat muncul lagi. semoga terhibur!


1. Pernah pegang mutiara?keras kan? tapi tau tak yang cuka boleh cair kan mutiara? sekarang anda tahu


2. If pegi Amerika pasti dan wajib kite tau ape tu Wal-Mart, sebuah pusat membeli belah ala Tesco di Malaysia. Wal-Mart ni kaya tau. menurut statistik nye Wal-Mart akan memperoleh 3 juta USD hasil jualan setiap 7 minit!


3. Panda merupakan seekor beruang ketika dilahirkan adalah lebih kecil dari tikus!


4. Gosip, ramai yang suke bergosip tapi tahu tak anda di Columbia individu boley di saman sehingga
90 000 USD hanye atas kesalahan bergosip! Sentap mak!


5. blink eyes aka kenyip mata aka kelip mata adalah perkara lumrah manusia..perempuan kelip mata adalah 2 kali ganda lagi banyak dari lelaki..jadi lelaki jangan la perasan sangat jika ada perempuan 'blink' kat anda hehe

Perubahan Logo Nestle



Jom tengok perubahan logo Nestle dari awal penubuhannya pada tahun 1860-an di Switzerland sehingga sekarang.





Ini logo pertama yang direka oleh pengasas Nestle iaitu  Henry Nestle pada 1868 yang membawa maksud namanya sendri dalam bahasa jerman, iaitu 'little nest'






Logo ini dicipta oleh pemilik baru Nestle pada tahun 1875







Pada 1938, perkataan dan logo digabungkan. Gambar logo pun dah nampak kemas








Pada 1966, logo makin diringkaskan








Pada 1988, imej cacing di paruh ibu burung dihilangkan serta anak burung dikurangkan dari 3 kepada 2 bagi menunjukkan aktiviti syarikat yang bukan sahaja mengeluarkan makanan berkhasiat tapi pelbagai lagi produk lain serta memberi refleks kehidupan moden manusia yg selalunya ada 2 org anak sahaje







Logo terkini dengan gambar yang lebih ringkas, lepas ni kalau makin ringkas tak tahu ape yang tinggal






Wednesday, 7 December 2011

Hati-hati Pengguna Smartphones!



Kepada yang guna smartphones baik berhati-hati ketika download application (apps) atau game. Sebab baru-baru ini android developer jumpa application Carrier IQ yang bukan sahaja merakam lokasi korang, malah rekod apa yang korang taip. Kalau korang tak kesah sangat pasal privasi boleh abaikan sahaja.



Walaupun  syarikat tersebut kata mereka tak buat semue keje-keje stalkers tuh,tapi dari research android (Eckhart) ini membuktikan sebaliknya. Siap tunjuk bukti dalam video selama 17 minit di youtube lagi.




So, kalau korang download game,baik tengok dulu syarat-syarat sebelum download. Ade game yang akan track korang punye handphones network jadi dorang boleh tahu lokasi anda berada. Ada yang akan track korang punye phone call, ada yang mempunyai kuasa untuk mengawal kamera di handphone kita untuk mengambil gambar atau video, ada yang akan memperlahankan kelajuan handphones dan macam-macam lagi. Jadi jangan download sebarangan okeh!



Tuesday, 6 December 2011

Fakta Ringkas Kau Tahu Tak? edisi 3

Fakta mee segera Kau Tahu Tak kini kembali lagi dengan lebih ceria:

1. lebih kurang 30 000 orang cedera di seluruh dunia akibat oleh alatan senaman!


2. penah dengar lagu 'fireflies' tak? hanye fireflies jantan jek yang boleh terbang..abis betina wat pe? hehe

3. ramai yang takut kene patukan dengan ular berbisa...tapi jangan bimbang jika anda terkena patukan ular berbisa dan anda gagal mendapat rawatan segera anda masih ada 50% peluang untuk hidup.tahniah!

4. fakta arak..penah dengar Heineken beer tak? bir ni secara praktikalnye dicipta untuk menghasilkan secara tepat buih selama 5 minit. teringin nak tengok kan hehe

5. dalam banyak-banyak bakteria yang wujud kat dunia ni (berpopulasi 5 nonilion/ 5 darab 10 kuasa 30!) hanye 1% menyebabkan penyakit kepada manusia....if kire2 stil banyak jugak!
salmonella sp.

Monday, 5 December 2011

Poster Filem Superhero Dulu Dulu

The Incredible Hulk  (1978-1982) USA



Spy Smasher (1942) USA

Superwoman aka Miss Magnificent (1979) USA


J-Men Forever (1979) USA



Supersonic Man (1979) Spain





Nightman (1997) USA





Spawn (1997) USA



The Green Hornet (1974) USA







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...